Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar Minggu 19

19 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Jun 2025 (Rabu) dan 22 Jun 2025 (Ahad), Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar bagi Minggu ke 19 kelas akhir telah dijalankan secara atas talian yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi dan 11:00 pagi sehingga 12:00 tengahari. Program tersebut telah dihadiri oleh tiga orang peserta. Kelas ini dijalankan oleh pihak NADI Mahir Pertanian Pintar sendiri.

Pada minggu ke 19, peserta NADI Mahir Pertanian Pintar telah diajar tentang pengurusan tuaina, penyimpanan dan pembungkusan. Peserta juga diajar bagaimana cara pemindahan buah ke bekas tuaian tab air.

Peserta juga diterangkan tentang pembungkusan buah secara baik. Pengurusan pengangkutan juga haruslah berhati hati dalam pemindahan buah supaya tiada kerosakan. Selain itu, peserta juga diterangkan bagaimana pemilihan buah dilakukan bagi menjaga kualiti buah tersebut. Ini juga merupakan kelas terakhir bagi sesi pertama mahir 2025.

Program ini sangat bermanfaat kepada komuniti yang sememangnya berminat dengan pertanian berteknologi bagi memudahkan penanaman sayuran dengan terancang. Semoga semua peserta dapat mengadaptasikan pelajaran yang disampaikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali